Saturday, September 5, 2009

KEINDAHAN REKAAN KERONGSANG CKM


Tidak kira sama ada bertudung atau tidak, kerongsang tetap mampu menyerlahkan lagi penampilan anggun seseorang wanita. Perhiasan ini mungkin biasa dilihat pada wanita bertudung tapi ia juga boleh digunakan sebagai pengganti butang baju kurung. Bagi yang gemar mengenakan seledang di bahu pula, kerongsang bukan sahaja boleh membantu memastikan ia tidak jatuh bahkan menjadikan penampilan anda lebih menarik. Anda boleh memilih rangkaian kerongsang CKM yang direka dalam pelbagai rekaan menarik untuk digayakan terutama pada bulan Ramadan dan Hari Raya.

No comments:

Post a Comment